بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم اجعل القرآن لنا في الدنيا قرينا وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا وعلى الصراط نورا وفي الجنة رفيقا وفمن النار سترا وحجابا
Ya Allah,jadikan al-Quran itu bagi kami sbg prhubungan di dunia dan di kubur pula sbg teman yang jinak dan di hari kiamat pula sbg pelindung dan di titian sirat pula sbg cahaya penyuluh dan di syurga pula sbg teman yg setia dan dari dari api neraka pula sbg penghalang dan pendinding..
ameen

Bismillahirrahmanirrahim,.....

have I gained enough of all ALLAH's promises...the barakah, the forgiveness, etc...and have I purify my heart as well as my 'akhlak' ..???
aslih nafsak!!!

MUHASABAH CINTA

kalau nak kaya,carilah Allah yang maha kaya.
kalau nk pandai, carilah Allah yang maha pandai.
kalau nk cantik, carilah Allah yg maha cantik.
kalau nak bercinta, carilah DIA yang mencipta cinta..

SOLAT.........???

sahabat2,ketahuilah bahawa cara solat itu menentukan cara hidup kita,n cara hidup kita menentukan cara mati kita...
JOM SOLAT !!!

NO EXCUSE TO MISS IT!!!

NO EXCUSE TO MISS IT!!!



Wednesday, December 26, 2007

LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalahperibadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiringdengan masalah yang di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal,kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namunbagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolonganAllah SWT sambil berusaha.
Mengapa pertolongan Allah?
Tidak ada satu masalah pun terjadi,kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaandemikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagisesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalamhidupadalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah.Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapanya ada didalamAl-Quran,surah Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud " Barangsiapa yang bertaqwakepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Danmemberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakalkepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.SesunZggunyaAllah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allahmenentukan setiap sesuatu"Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakintakwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah.Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.
Pertama.Mencintai Masjid.
Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akandatang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.
Kedua.Solat Tahajud.
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah.Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telahmensia-siakan datangnya pertolongan allah.
Ketiga.Rajin Bersedekah.
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusanmenjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allahdemikian pasti kepada ahli sedekah.
Keempat.Bantu Orang Lain.
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranyadan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusankita.
Kelima.Banyak berselawat.
Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji. Cintaakan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagikita.Wasalam

Wednesday, December 5, 2007

RIMBUNAN KEAMPUNAN


ku mengintai ketenangan
di antara kekalutan
kerana keinginan tidak pernah kesampaian
kukutip sisa2 dari segala keruntuhan
bangkit semula meneruskan baki perjalanan
mengumpul kekuatan memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih

tertunda
kuminta diberikan sejenak kesempatan
untuk kuulangi langkah pertama
kepayahan yang kurasakan
mengajarku erti kesabaran
menyedarkanku insan amat memerlukanMU
oh TUHAN..
di rimbun kempunan
ku mencari keredhoan
melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa
mencari kejernihan di segenap ruang maya
masih ku sedar
ku diperhatikanMU
oh TUHAN..

Monday, December 3, 2007

Ketika Allah berkata TIDAK..

Ya Allah, Ambillah kesombonganku dariku..
TIDAK! Bukan Aku yang mengambil tapi kau yang harus mnyerahkannya..
Ya Allah,berilah aku kesabaran..
TIDAK! Kesabaran diperoleh dari ketabahan dalam menghadapi cubaan.Aku tidak memberikan kesabarab,engkau harus meraihnya sendiri..
Ya Allah,berilah aku kebahagiaan..
TIDAK! Aku memberikan keberkatan dan hikmah, sedangkan kebahagiaan bergantung pada dirimu sendiri..
Ya Allah,jauhkan aku dari kesusahan..
TIDAK! Penderitaan akan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu padaKU..
Ya Allah,berilah aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat..
TIDAK! Aku beri kau akal dan kalbu serta AlQuran supaya kau dapat menikmati kehidupan..

Thursday, November 29, 2007

Jangan Kau Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Ada salam belum terjawab,
Ada pergi tidak kembali,
Ada sayang bertukar rupa,
Ada pelangi tak sempat berwarna…….
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai. Pffhh…sungguh! Semua itu telah hadirkan gejolak yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh beruntung kiranya dalam saat - saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis - majlis ilmu, majlis - majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman kepada jiwa yang hampa.
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai kemahuan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita; tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus - harus yang lain.
Betapa ramai manusia yang berjaya tetapi lupa daratan bahawa itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang - wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan milik kita, apa yang bukan hak kita.
Apa yang memang ditakdirkan untuk kita di dunia ini, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita dapat miliki, biarpun ia sangat hampir dengan kita, biarpun kita bermati -matian mengusahakannya.
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)
Demikian juga bagi yang sedang bingung terhadap jodohnya.Kadang kita tak menyedari pemilihan Allah tentang jodoh kita. Kita menjadi tak redho dengan pilihan Allah tapi meragui dan memarahi dengan apa yang Allah tentukan untuk kita.
Dalam hati kita menjerit dan memekik:
“ Aku mahukan dia Ya Allah… mesti dia, kerana aku sangat mencintainya, aku menyayanginya dengan sepenuh hati. Segalanya telah aku berikan; kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan. Mengapa penamatnya adalah kesedihan yang berterusan…..”
Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Lupa, kita hanyalah hambaNya. Dan akhirnya kalaupun Allah memberikannya maka, kemungkinan itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Kemungkinan Allah tak mengulurkannya dengan pandangan rahmatnya, tapi melemparkanya dengan penuh kemarahan kerana niat kita yang kotor dipenuhi dengan noda dan dosa.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui apa yang kalian tidak tahu.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa - apa yang hilang dari dirimu. Setelah ini wahai jiwa! Fikirlah sedalamnya bahawa takdir ini milik Allah. Berdoalah dan redhalah pada takdirNya.

Seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

“Pujuklah hati, hiasilah peribadi”

Pertemuan Do'a

Faizal terus melangkah menuju ke biliknya. Langkahnya Iemah dan longlai. Timbunan pakaian kotor, buku-buku yang bersepahan di atas meja, katil yang belum dikemas, sampah-sampah kecil yang bertaburan di lantai, semakin membuatnya risau dan lemas.Setelah meletakkan beg galas dan membuka kemejanya, ia menyalakan kipas angin, IaIu menghempaskan tubuhnya di atas katil. Ia mendengus panjang. Hampir putus asa dia untuk mencari alasan untuk tidak memikirkan Anis, gadis yang menjadi jirannya.Sebenarnya teIah banyak sebab yang dibuat oleh Faizal supaya dia tidak memikirkan Anis. Tetapi kali ini ia gagal. Kegiatan-kegiatan ibadahnya tidak memberikan kehangatan jiwa seperti biasa lagi. Kesedaran tentang cita-cita yang tinggi yang sering disematkan dalam jiwanya, terasa Iemah tidak berdaya.Faizal kembali mendengus panjang, sepanjang keluh hatinya. Wajah Anis terus memenuhi fikiran dan hatinya. Apakah istimewanya seorang mahasiswi seperti Anis? Jawapan inilah yang senantiasa menggundahkan hati Faizal.Sebenarnya wajah Anis tidak terlalu cantik. Postur tubuhnya pun sederhana sahaja. Tapi gerak-geri dan tutur katanya secara keseluruhan menampilkan suatu keserasian yang menawan.Lima tahun perjuangan berat untuk meninggalkan lumpur jahiliyah telah berlalu, Faizal seharusnya sudah cukup mantap. Pesona Anis tidak selayaknya menggoncang iman dan kesedarannya. Namun, pesona itu tidak hadir sendiri. Sebab kedua bola mata Anis yang teduh telah mengingatkannya kepada sebuah rakaman masa laIu di benak Faizal.Kembali Faizal mendengus panjang. Ia bangkit. Oh tidak, aku bukan pemuda melankolik yang dihantui oleh masa lalu. Masa Ialu adalah masa lalu. Ia boleh hadir, tapi tidak untuk menjajah masa kini. Tapi Anis telah memasuki jiwanya terlalu dalam. Mereka memang belum pernah berbicara berdua, tapi hati mereka telah berbicara begitu banyak melalui pertemuan mata. Namun sorotan mata itu dirasakan kesannya lebih tegas dari sekadar kata. Dan Faizal kini menyedari, betapa hanya dengan berbahasakan sorotan mata, Anis telah berjaya membawa Faizal ke dunia lain dengan gelombang dan gejolak jiwa yang parah sebegini .Faizal serasa ingin menyerah. Ia tidak sanggup lagi didera oleh desakan-desakan di dalam hatinya. Hanya ada satu hal yang masih membingungkannya. Bagaimana ia boleh langsung berhubungan dengan Anis? Mestikah ia mengahwininya? Atau hanya pacaran?Pilihan pertama bagi Faizal terlalu sulit, ia tidak mungkin mengahwini Anis yang tidak berjilbab, apa lagi tidak mendapat tarbiyah. Dan jika ia betul-betul terjadi? Oh, kiamatlah maknanya...........Pilihan kedua mungkin lebih mudah. Tapi, ia harus berani jadi munafik, kerana harus dirahsiakan dari sahabat-sahabatnya, atau ia harus memisahkan diri dari mereka.Mungkin ada jalan lain yang lebih sederhana. Ia pacaran dengan Anis, sambil mentarbiyahnya, baru mengahwininya. Masuk akal sekali kerana dapat memenuhi tuntutan keremajaannya sekaligus tuntutan keyakinannya. Faizal sudah memutuskan ingin memilih untuk menempuh jalan ini, tapi tiba-tiba ia menyedari bahawa ini pun adalah logika syaitan yang bererti bahawa ia harus menjadi munafik.Jalan ketiga ini telah banyak ditempuh oleh teman-temannya. Tapi akhirnya sama saja; kalau bukan 'makwe'nya yang munafik dengan berjilbab untuk menyenangkan dia, maka dialah yang munafik kerana memakai topeng agama untuk memenuhi tuntutan syaitannya."Tidak! Saya tidak ingin jadi munafik!" batin Faizal menjerit. "Jadi bagaimana...?" Ia kembali bertanya. Ah, Faizal menemui jalan buntu sedangkan ia masih tetap didera oleh kebingungan itu, sampai akhirnya ia terlelap dibawa mimpi yang tak pasti. Mimpi yang buruk. Nafasnya hampir habis. Ia tercungap-cungap. Tiba-tiba ia terjaga.Tidak ada sesuatu. Hanya gelap. Astaghfirullah. Faizal lantas menyalakan lampu. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Ia masuk ke bilik air, berwudhu, lalu solat tahajud.Dan semuanya hilang. Hanya terasa seolah-olah ada embun yang menitik di hatinya. Sejuk. Damai. Faizal masih tetap duduk di atas sejadahnya. Ia menerawang jauh, jauh sampai di langit hatinya.Saat itu ia merasakan betapa jernih dan bening hatinya. Saat-saat begini adalah saat yang indah, yang menawarkan ribuan kesejukan bagi batin yang papa, ribuan ketenangan bagi hati yang resah, dan ribuan kadamaian bagi jiwa yang bimbang dan merana. Faizal merasakan semua itu. Ia kembali menemui dan merasai kehangatan ibadahnya. Mendapatkan kekuatan hati dan keteguhan batin. Kini Faizal dapat melihat dengan mata hatinya betapa kerdilnya pesona Anis, dan betapa agungnya erti dari sebuah keteguhan iman."Ah, mengapa aku tidak mendapatkan suasana jiwa seperti ini setiap saat ..... ?"Kini, jalan keluar telah dijumpainya. Ia mesti pindah rumah, dan menjauhi gadis tetangganya itu."Ceria sangat pagi ni Faizal" kata Mak Ngah membuka percakapan ketika sarapan pagi. Faizal hanya senyum-senyum. "Sedang jatuh cinta ya?" sapa Mak Ngah lagi dalam nada tanya bergurau. "Ah' takde lah , biasa aje" jawab Faizal secara selamba."Abang Faizal sudah ada mak we ya?" Rina, anak perempuan Mak Ngah yang baru di tingkatan tiga turut mencelah."Eh, kenapa ni, pagi-pagi dah buat cerita?", jawab Faizal dengan sedikit kehairanan. "Apakah mereka tahu fasal Anis?", tanyanya dalam hati.Tiba-tiba Mak Ngah meninggalkan meja makan, Ialu kembali dengan membawa sepucuk surat. "Ini buktinya", kata Mak Ngah sambil memberikan surat itu. "Tadi pagi Anis lalu di depan rumah dan kirimkan surat ini''."Inna lillahi", Faizal berujar dalam hati.Ia masih kelihatan bingung. "Hai, baru dapat surat dah jadi bingung", Mak Ngah kehairanan. Ia sebenarnya tahu Faizal orangnya soleh dan serius. Tapi yang membuatnya hairan, Anis memangnya gadis yang baik dan bersopan santun, pendek kata sangat sesuai untuk dijadikan calon isteri telah tidak membuatnya gembira.Apabila masuk semula ke biliknya, Faizal pun membuka surat itu."Abang Faizal yang dihormati, mungkin surat ini dihantar dengan kesengajaan yang sebenarnya memalukan. Mungkin juga kuno. Tapi begitulah, hanya jalan ini saja yang boleh ku tempuh. Saya tidak bertemu jalan lain untuk dapat berbicara dengan abang Faizal.Abang Faizal, Anis percaya abang Faizal dapat memahami hal ini. Anis juga percaya abang Faizal tentu sudah dapat menduga apa yang ingin ku katakan. Mungkin tidak salah jika Anis mengatakan bahawa hal itu juga abang Faizal rasakan. Jika mata kita anggap sebagai jendela hati, maka ia telah begitu banyak berbicara.Abang Faizal, belum tibakah saatnya kita berterus terang?Salam manis untuk abang FaizalAnisFaizal menggeleng-gelengkan kepalanya. "Ah, bala datang lagi", ia mengeluh. "Apakah ini cinta benar atau tipu helah syaitan semata-mata?", gumamnya lagi. Terpaku ia sejenak. "Tidak. Tak boleh jadi ni.... Saya mesti pindah dari sini seberapa segera. Syaitan di sini makin lama semakin besar dan sulit untuk dilawan". katanya mengambil keputusan.Setelah Faizal menjelaskan dengan panjang lebar dan terus terang, akhirnya Mak Ngah menerima keputusannya.Di tempat baru ini, Faizal merasa lebih tenang. Ketenangan yang merupakan buah kemenangan iman atas panggilan pesona dunia. Setiap kali iman menang, setiap kali ia akan mendapat ketenangan yang lebih banyak.Ah, Faizal tersenyum haru di depan ayat-ayat AI-Qur'an yang dibacanya. Barangkali memang benar, pengetahuan-pengetahuan begini hanya dapat diraih dengan akal batin yang selalu diasah dengan taqwa. Bukan dari buku-buku, tapi pada pengalaman manusiawi dalam beriman.Sejenak ia teringat kembali Anis, wajah yang menyimpan ribuan pesona, yang telah memporak-perandakan keseimbangan imannya dalam sejenak -. Oh, semoga Allah berkenan mengurniakan petunjuk dan hidayah buatnya. Saat-saat ketika ia larut dalam pesona Anis, adalah saat dimana ia bersahabat dengan keluh dan gelisah. Ia adalah jejak-jejak dalam kehidupan yang begitu manusiawi, dimana ia cuai dan lemah, dan seketika pesona bumi menariknya ke lumpur dunia, setelah ia mendaki menaiki tangga iman menuju langit ketinggian.Pelan-pelan dua butir mutiara bergulir di celah-celah matanya. Ia terharu. Ia bersyukur. Ya Rab, sesungguhnya di dalam keteguhan iman, Allah menyimpan ribuan kesejukan dan kedamaian bagi jiwa manusia.Di luar biliknya Faizal mendengar Azwan memanggilnya. "Faizal! Waktu makan telah tiba". Suasana makan malam itu memang meriah. Maklumlah, majlis para bujang. Mereka semua baru di tahun dua, kecuali Azwan yang sebentar lagi tamat. Suasana jadi makin gamat tatkala Azwan tiba-tiba mengumumkan:"Baiklah, sekarang saya mahu beritahu antum semua. Petang tadi saya baru saja melamar seorang ukhti. Dan alhamdulillah, diterima. Akad nikah dan walimah, lnsya Allah akan dilangsungkan pada bulan depan, iaitu setelah semua kursus saya selesai. Lulus atau tidak, pernikahan akan tetap dilangsungkan.Allahu Akbar. Ketawa mereka pun meledak. Kemudian serentak mereka berdiri untuk bersalaman dengan Azwan.Akhimya Azwan melangsungkan pernikahan, dan dinyatakan alumni dari rumah sewa bujang, kerana segera akan tinggal di rumah sewa sendiri yang telah lebih awal dicarinya.Waktu berlalu mengikut sunnah Ilahi. Ia adalah jalan panjang kehidupan, dan manusia tidak lebih dari musafir-musafir yang hadir bersama kereta peristiwa.Tak terasa empat tahun telah berlalu, kini Faizal telah menamatkan pengajiannya di kampus. Ia teringatkan ibu saudaranya yang tak pernah dikunjungi dan dijengoknya sejak berpindah dulu. Sudah lama betul dia tidak menziarahinya, ingin pula berjumpa dan bertanya khabar sebelum ia balik ke kampong.Rupa-rupanya setelah sekian lama tak berkunjung Faizal lihat segalanya telah berubah. Rumah Mak Ngahnya kelihatan lebih berseri dan tenang. Tak ada lagi suara muzik yang bising. Papan catur di rak almari kini digantikan Al-Qur'an besar dan poster potret telah digantikan dengan frem khat ayat-ayat suci Al-Qur'an. Lebih dari itu, seluruh wanita penghuni rumah ini juga telah berjilbab. Di tengah kehairanannya, serombongan akhawat keluar dari bilik Rina. Dan, ada seraut wajah yang dikenalinya betul. Ya, bukankah itu wajah anggun yang pernah menggoncang hatinya dengan begitu hebat?Darahnya tersirap. Allahu Akbar! Siapa yang akan menyangka semua ini akan terjadi? Allahu Akbar. Hanya itu yang mampu diucapkan Faizal dalam hatinya. Sesungguhnya hidayah Allah yang dipohonkannya agar Anis ditunjukkan jalan yang lurus dimakbulkanNya.Kerana suasana itu Faizal tidak jadi balik petang itu, malah bermalam pula di rumah Mak Ngahnya. Suasana bertukar khabar berita mereka penuh keterharuan berbaur dengan kegembiraan. Ada keakraban yang lain. Ada kedekatan yang khas, dalam ikatan tali Allah.Semua cerita lama diungkit lagi. Dan semua terasa manis. Kerana ada perubahan, ada dua masa, ada rahmat Ilahi. Tahulah Faizal kini mengapa perubahan ini terjadi.Selang beberapa bulan kemudian.Faizal sedang berada di tengah-tengah sahabatnya. Mereka, seperti biasa, asyik saling bercerita, bertukar pengalaman dan informasi.Setelah berdehem beberapa kali, dengan tenang Faizal mengatakan, "Saya baru saja melamar seorang ukhti, dan alhamduliliah, diterima. (semua menyambut dengan teriakan Allahu Akbar). Dan untuk pengetahuan sahabat ukhti itu adalah Anis. (sekali lagi serentak semua menyambut Allahu Akbar). Sudah tentu do'a antum diharapkan disamping itu jangan ketinggalan untuk terlibat sama dalam membantu rewang semasa kenduri walimah nanti. (semua berkata no problem). Berita tamat".Semua tersenyum. Juga tertawa. Semua bersalaman dan memeluk Faizal. "Selamat. Antum rupanya engineer kedua yang mengikut jejak Azwan", kata Fandi. "Inikan suatu perencanaan Allah akhi", Yahya pula menjawab.Anis masih merenung suaminya tajam dan dalam. Yang direnung jadi kehairanan dan kekuk.'Untuk apa cerpen ini ditulis, bang? Sambil menunjukkan majalah itu Anis terus menatap suaminya tajam. Tapi ia kini tersenyum. Yang ditatap turut tersenyum. "Hadiah istimewa buat isteriku Anis, sempena kelahiran putera pertama, Faris". Jawab Faizal. Anis tersenyum gelihati. Langsung terus dipicit hidung suaminya. Sebentar kemudian ia diam. Lalu, "Ada yang lupa abang sebut" katanya."Apa dia?", Faizal tertanya-tanya. Anis sejenak terdiam."Begini, setelah Mak Ngah menceritakan sebab perpindahan abang dari rumahnya, saya betul-betul merasa terpukul. Saya kalah. Saya mengalami kekecewaan. Tapi saya cuba membaca buku-buku bertema keislaman. Allah rupanya Maha Pemurah, kerana Dia berkenan mengubah jalan fikiranku. Dan berkat hidayah Allah juga, seisi rumah Mak Ngah juga berubah. Saya sungguh kagum dengan kekentalan imanmu dan berharap agar Allah dapat memberi saya keteguhan yang sama. Sejak saat itu, rumah Mak Ngah jadi tempat pengajian kami bersama beberapa akhawat. Dan tepatnya di bilik abang kerana hanya bilik itu yang kosong. Setiap kali saya berada di bilik itu, selalu ada kenangan lain yang dirasakan. Ada kelainan tertentu yang merasuk hatiku. Dan diam-diam saya selalu berdo'a, Anis berhenti sejenak, matanya berkaca-kaca.Ia melanjutkan lagi, "Ya Allah jangan biarkan aku mati sebelum sempat membalas jasa abang Faizal atas keteguhan imannya, keteguhan yang telah mengetuk pintu hatiku untuk bertaubat dan mengamalkan Islam secara total". Air matanya gugur. Ia tak sanggup menahannya. Ia ingin menghapusnya, tapi Faizal mencegahnya. "Biarkan ia mengalir, kata Faizal. " Dan", Anis melanjutkan lagi, "Do'a itu dikabulkan Allah, bahawa saya diperkenankan menjadi isteri Faizal, Abinya Faris'.Faizal terharu. "Sebenarnya", katanya "Sejak pindah itu, diam-diam saya juga sering berdo'a, semoga Allah berkenan memberikan petunjuk buat Anis". Faizal berhenti sejenak. Matanya berkaca-kaca. Lalu air matanya gugur. Ia ingin menghapuskannya, tapi Anis mencegahnya "Biarkanlah ia mengalir', katanya."Tapi rupanya Allah memberi saya Iebih dari apa yang kuminta. Ia telah berkenan menjadikan saya sebagai suami bagi Anis, Ummunya Faris".Mereka menangis. Mereka tersenyum. Ada keterharuan. Ada bahagia. Sebab dua do'a yang dipertemukan oleh Allah dengan teramat halus. Sangat teramat halus, kerana ia tulus, maka ia kudus. Allahu Akbar.

Monday, September 17, 2007

Ya Allah..

Ya Allah, sesungguhnya Aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan Aku kepada cinta-Mu. Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang Aku cintai maka jadikanlah ia kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.Ya Allah jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang salih. Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu(Hadis at-Tirmizi dalam Jami' al-Sahih, Rasulullah bersabda: Inilah antara doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud).

Harga setitis air mata

""Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:“Saat Ku ciptakan wanita,Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Happy 'zikr'ing

"Surely by Allah's remembrance are the hearts set at rest." [ar-Ra'd, verse 28]
dgn mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang..

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu2. Ferrero Roche - Coklat3. Wall’s - Ais Krim4. Ing -Insurans5. Planta -Magerin6. Lady’s Choice -Magerin7. Lipton -Teh8. Shell -Minyak9. Knorr -Perisa Makanan10. Dove -Mandian11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan12. Radiant -Deodoran13. Rexona -Deodoran14. Ponds -Produk Kecantikan15. Kieldsens -Coklat16. Slimfast -Produk Pelangsing17. Lego -Kismis18. Philips -Barangan Elektrik19. Duyvis -Makanan Ringan20. Gouda -Keju21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian24. Labello -Lip Balm25. Pickwick -Teh26. Venz -Mentega Coklat27. Kinder Bueno -Coklat28. Unilever -Syarikat29. Dumex -Susu Tepung30. Nutricia -Susu Bayi31. Sunsilk -Sunslik-shampoo

Jika hati yang yg mahu dimenangi..

binalah jambatan..bukan tembok yg memisahkan !!

bukalah jendelamu

bukalah jendelamu
hidayah spt cahaya tdk akn menyapa mereka yg tdk membuka jendelanya..

Hidup ini..

satu mujahadah yang berterusan dan satu perjuangan yang berpanjangan..

Ilmu itu milik Allah

~Segala yg ada adalah milik Allah, termasuklah ilmu...ia milik Allah, andai Allah izinkan ilmu itu menjadi milik kita, pasti ada caranya, tapi...andai Allah tidak mengizinkannya, maka sudah pasti kita tidak akan memperolehinya biar apa pun yg kita lakukan....jadi, mintalah hanya padaNya, berharap hanya padaNya dan bersyukur jua hanya padaNya......~

apakah tiada prioriti lain???

apakah tiada prioriti lain???
mengapa perlu begitu byk masa untuk hiburan???

Dari Ibn Abbas r.anhuma berkata:

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"sesiapa yang kerap beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar,dan dalam setiap kesedihan ada pelepasannya dan dianugerahkan baginya rezeki dari sumber yang tak disangka2".