بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم اجعل القرآن لنا في الدنيا قرينا وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا وعلى الصراط نورا وفي الجنة رفيقا وفمن النار سترا وحجابا
Ya Allah,jadikan al-Quran itu bagi kami sbg prhubungan di dunia dan di kubur pula sbg teman yang jinak dan di hari kiamat pula sbg pelindung dan di titian sirat pula sbg cahaya penyuluh dan di syurga pula sbg teman yg setia dan dari dari api neraka pula sbg penghalang dan pendinding..
ameen

Bismillahirrahmanirrahim,.....

have I gained enough of all ALLAH's promises...the barakah, the forgiveness, etc...and have I purify my heart as well as my 'akhlak' ..???
aslih nafsak!!!

MUHASABAH CINTA

kalau nak kaya,carilah Allah yang maha kaya.
kalau nk pandai, carilah Allah yang maha pandai.
kalau nk cantik, carilah Allah yg maha cantik.
kalau nak bercinta, carilah DIA yang mencipta cinta..

SOLAT.........???

sahabat2,ketahuilah bahawa cara solat itu menentukan cara hidup kita,n cara hidup kita menentukan cara mati kita...
JOM SOLAT !!!

NO EXCUSE TO MISS IT!!!

NO EXCUSE TO MISS IT!!!



Thursday, November 29, 2007

Jangan Kau Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Ada salam belum terjawab,
Ada pergi tidak kembali,
Ada sayang bertukar rupa,
Ada pelangi tak sempat berwarna…….
Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai. Pffhh…sungguh! Semua itu telah hadirkan gejolak yang begitu menggelora dalam jiwa.
Dan sungguh beruntung kiranya dalam saat - saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis - majlis ilmu, majlis - majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman kepada jiwa yang hampa.
Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai kemahuan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita; tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus - harus yang lain.
Betapa ramai manusia yang berjaya tetapi lupa daratan bahawa itu semua pemberian Allah hingga membuatkannya sombong dan bertindak sewenang - wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan milik kita, apa yang bukan hak kita.
Apa yang memang ditakdirkan untuk kita di dunia ini, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita dapat miliki, biarpun ia sangat hampir dengan kita, biarpun kita bermati -matian mengusahakannya.
“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al-Hadid ;22-23)
Demikian juga bagi yang sedang bingung terhadap jodohnya.Kadang kita tak menyedari pemilihan Allah tentang jodoh kita. Kita menjadi tak redho dengan pilihan Allah tapi meragui dan memarahi dengan apa yang Allah tentukan untuk kita.
Dalam hati kita menjerit dan memekik:
“ Aku mahukan dia Ya Allah… mesti dia, kerana aku sangat mencintainya, aku menyayanginya dengan sepenuh hati. Segalanya telah aku berikan; kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan. Mengapa penamatnya adalah kesedihan yang berterusan…..”
Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Lupa, kita hanyalah hambaNya. Dan akhirnya kalaupun Allah memberikannya maka, kemungkinan itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Kemungkinan Allah tak mengulurkannya dengan pandangan rahmatnya, tapi melemparkanya dengan penuh kemarahan kerana niat kita yang kotor dipenuhi dengan noda dan dosa.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui apa yang kalian tidak tahu.” (QS. Al-Baqarah 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa - apa yang hilang dari dirimu. Setelah ini wahai jiwa! Fikirlah sedalamnya bahawa takdir ini milik Allah. Berdoalah dan redhalah pada takdirNya.

Seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

“Pujuklah hati, hiasilah peribadi”

No comments:

Happy 'zikr'ing

"Surely by Allah's remembrance are the hearts set at rest." [ar-Ra'd, verse 28]
dgn mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang..

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu2. Ferrero Roche - Coklat3. Wall’s - Ais Krim4. Ing -Insurans5. Planta -Magerin6. Lady’s Choice -Magerin7. Lipton -Teh8. Shell -Minyak9. Knorr -Perisa Makanan10. Dove -Mandian11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan12. Radiant -Deodoran13. Rexona -Deodoran14. Ponds -Produk Kecantikan15. Kieldsens -Coklat16. Slimfast -Produk Pelangsing17. Lego -Kismis18. Philips -Barangan Elektrik19. Duyvis -Makanan Ringan20. Gouda -Keju21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian24. Labello -Lip Balm25. Pickwick -Teh26. Venz -Mentega Coklat27. Kinder Bueno -Coklat28. Unilever -Syarikat29. Dumex -Susu Tepung30. Nutricia -Susu Bayi31. Sunsilk -Sunslik-shampoo

Jika hati yang yg mahu dimenangi..

binalah jambatan..bukan tembok yg memisahkan !!

bukalah jendelamu

bukalah jendelamu
hidayah spt cahaya tdk akn menyapa mereka yg tdk membuka jendelanya..

Hidup ini..

satu mujahadah yang berterusan dan satu perjuangan yang berpanjangan..

Ilmu itu milik Allah

~Segala yg ada adalah milik Allah, termasuklah ilmu...ia milik Allah, andai Allah izinkan ilmu itu menjadi milik kita, pasti ada caranya, tapi...andai Allah tidak mengizinkannya, maka sudah pasti kita tidak akan memperolehinya biar apa pun yg kita lakukan....jadi, mintalah hanya padaNya, berharap hanya padaNya dan bersyukur jua hanya padaNya......~

apakah tiada prioriti lain???

apakah tiada prioriti lain???
mengapa perlu begitu byk masa untuk hiburan???

Dari Ibn Abbas r.anhuma berkata:

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"sesiapa yang kerap beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesempitan ada jalan keluar,dan dalam setiap kesedihan ada pelepasannya dan dianugerahkan baginya rezeki dari sumber yang tak disangka2".